Monday 12 May 2014

TIPS MEMBELI BISKUT RAYA: BUTTER ATAU MAJERIN LAGI BAGUS?

Assalamualaikum W.B.T. kepada,

para wanita sekalian yang membaca blog ini. Alhamdulillah hari ini cuaca sangat baik dan dengan keizinan Allah SWT, kita dapat bersama-sama lagi dalam berkongsi ilmu.

Ok, saya nak share apa PERBEZAAN Butter dan Majerin. Ada sesiapa dah tahu kat sini? Kalau dah tahu saya ucapkan TAHNIAH, kalau belum sila baca sampai habis ya. :)


BUTTER (MENTEGA):


  • Butter atau nama Melayunya mentega biasanya berbentuk empat segi.
  • Diperbuat daripada lemak susu lembu atau lebih dikenali sebagai lemak haiwan.
  • Harga mentega lebih mahal daripada majerin.
  • Mengandungi Vitamin A, D, E dan K yang tidak larut dalam air.
  • Memberi rasa lembut dan menambah nilai zat 
  • Mempunyai aroma yang sangat wangi dan kuat
  • Contoh jenama butter yang biasa kita lihat: Anchor, President

credit to Uncle Gugel

MAJERIN:


  • Biasanya packaging majerin di dalam plastik atau bekas.
  • Diperbuat daripada campuran lemak tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
  • Harga majerin lebih murah daripada butter.
  • Lebih banyak kandungan air berbanding lemak
  • Warnanya kuning terang
  • Contoh jenama majerin yang biasa kita tengok kat pasaraya atau kat rumah kita:
  • Planta, Daisy, Butter Cup
credit to Uncle Gugel


Kenapa saya buat perbezaan antara mentega dan majerin ini?

Sebab kerangupan biskut yang anda buat, terletak kepada jenis lemak yang anda guna, sama ada mentega atau majerin.

Berita baik untuk anda! Biskut raya yang kami pasarkan ini menggunakan MENTEGA 100%

Rasanya lebih sedap dan teskturnya lagi lembut. Orang yang tak ada gigi pun boleh makan!

InsyaAllah kami akan buka TEMPAHAN secepat mungkin untuk anda book biskut raya kegemaran anda!

Jangan lupa ikuti perkembangan kami di Facebook. Boleh layari di https://www.facebook.com/BiskutRayaOnline atau

klik SINI jerr!


Terima kasih kerana membaca post kami. Suka dengan post ini? Anda boleh share di mana-mana sahaja yang anda suka. Lain masa kami update lagi ya!


Salam Sayang dari,

Tie Fatimah
CEO Biskut Raya Online
Pembekal Biskut Raya Anda


TEASER!


No comments:

Post a Comment